|
![]() |
|||||||||
SEJARAH SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Seri Perak adalah merupakan sebuah sekolah yang agak unik kerana sekolah ini didirikan di bawah bangunan rumah pangsa. Sekolah ini terletak di bawah bangunan Perumahan Awam Seri Perak yang terletak di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Sekolah ini telah dibuka pada 4 Disember 1989 dengan bilangan murid seramai 620 orang. FIZIKAL SEKOLAH Pada awal penubuhan sekolah ini, Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan RM250 000 Sekolah ini didirikan di tingkat bawah empat blok bangunan kawasan perumahan ini. Blok-blok bangunan yang digunakan ialah blok 29, blok 31, blok 33, dan blok 41. Manakala kantin sekolah pula telah didirikan secara berasingan di sebuah blok lain.
Pejabat pentadbiran sekolah dan bilik guru terletak di blok 33 iaitu bersebelahan dengan surau Perumahan Awam Seri Perak. bagi melengkapkan segala prasarana dan kelengkapan fizikal sekolah ini seperti pengubahsuaian bilik-bilik darjah, kelengkapan kerusi meja, papan hitam, almari. bilik guru, pejabat dan lain-lain kemudahan yang perlu. Di bangunan baru, terdapat 3 blok utama iaitu Blok Pentadbiran, Blok Akademik dan Blok Bilik-Bilik Khas. Pejabat dan Bilik Guru terletak di Blok Pentadbiran. Kelas-kelas dan surau pula berada di Blok Akademik manakala semua bilik-bilik khas seperti billik komputer, bilik sains, pilik Pendidikan Seni dan RBT terletak di Blok Bilik-Bilik Khas. Kini, semua murid dapat belajar dengan lebih selasa. SESI SEKOLAH Pada awal penubuhan sekolah ini, sesi persekolahan hanya dijalankan untuk satu sesi sahaja tetapi mulai akhir tahun 1991, sesi persekolahan dijalankan secara dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang yang masih di bawah satu pentadbiran. Penubuhan dua sesi ini terpaksa dilakukan kerana bilangan murid semakin bertambah dan bilangan kelas pula masih sama. KAKITANGAN AKADEMIK DAN STAF SOKONGAN
Bilangan kakitangan akademik pada awal penubuhan sekolah ini adalah seramai 32 orang termasuk kakitangan bukan guru. Bilangan guru ialah seramai 28 orang manakala bukan guru pula seramai 4 orang. Bilangan guru lelaki seramai 6 orang manakala bilangan guru perempuan pula seramai 22 orang.
Terkini, bilangan guru pada sesi 2020 ini ialah sebanyak 22 termasuk pentadbir dan 3 orang kakitangan bukan guru. 5 orang adalah guru lelaki dan 17 perempuan. Seramai sepuluh orang Guru Besar pernah mentadbir sekolah ini dengan jayanya hingga menjulang nama SK Seri Perak dalam bidang akademik dan kokurikulum. Antara Guru Besar yang pernah berjasa kepada SK Seri Perak adalah seperti di bawah. 1. Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Abdul Malik (PJK) 2. Tuan Haji Mohd Hanifah, (1997-2003) 3. Puan Joyah (2003-2004) 4. En. Othman (2004-2006) 5. Puan Asnah Binti Sumasto (2006-2011) 6. Puan Saadiah (2011-2011) 7. En. Xavier A/L R. Moses (2011-2013) 8. En. Mohd Zamri Bin Ahmad (2013-2014) 9. En. Mohd Noor Bin Majid (2014 hingga 2019) 10. Norzita Binti Hj Mohamad Noh (2020 hingga kini) |
![]() |